Make your own free website on Tripod.com
LAGENDA

Home

LATAR BELAKANG.
ANAK SENI
KEJAYAAN P.RAMLEE
LAGENDA SELAMANYA.
GALERI FOTO P.RAMLEE
ANAK SENI

FAKTA
 
Filem pertama lakonan P.Ramlee ialah "CHINTA" (1948) sebagai penjahat.
   Filem pertama lakonan P.Ramlee sebagai hero, "BAKTI" (1948) bersama Kasma Booty.
   Filem pertama arahan P.Ramlee "PENARIK BECA" (1955) bersama Saadiah.  

   Minat beliau pada muzik bermula sejak di bangku sekolah. Beliau mula menceburkan diri dalam dunia seni apabila beliau mula menyertai kugiran 'Sinaran Bintang Sore' & 'Teruna Sekampung'. Oleh kerana ilmu muzik beliau masih lagi dirasakan kurang, beliau berusaha untuk mendalami ilmu muzik dengan menghadiri kelas muzik. Ketika berusia 16 tahun (1945), beliau menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Oleh Radio Pulau Pinang. Dari sini lahirlah nama P. Ramlee. Tahun 1948, P.Ramlee telah dijemput menyanyi di 'Pesta Pertanian Ria' di Bukit Mertajam. P.Ramlee mendendangkan lagu 'Azizah' sambil menggesek biola. Persembahan P.Ramlee disaksikan oleh salah seorang pengarah Shaw Brothers yang kkemudiannya menjemput beliau menjadi artis di Singapura. 8 Ogos 1948 merupakan titik permulaan yang mengubah hidup P.Ramlee. Tidak lama selepas itu, Stidio Malay Film Productions di Jalan Ampas menjadi rumah kedua P.Ramlee.

   Minat mendalam di dalam dunia muzik khususnya membolehkan P.Ramlee memiliki kebolehan bermain pelbagai jenis alatan muzik dan alat-alat muzik tradisional hinggalah ke alat-alat muzik moden. Alat muzik kegemaran beliau ialah biolanya yang boleh disaksikan di Memorial P.Ramlee di Setapak, Kuala Lumpur. Tahun 1955, P.Ramlee telah menubuhkan sebuah kugiran yang diberi nama 'Panca Sitara' .P.Ramlee dikatakan sudah mencipta sebanyak lebih daripada 300 buah lagu. Lagu bertajuk 'Azizah' pada aslnya dinyanyikan P.Ramlee bersama kugirannya 'Teruna Sekampung'. 'Air Mata Di Kuala Lumpur' ialah lagu terakhir P.Ramlee yang dicipta untuk sebuah filemnya yang tidak sempat difilemkan.