Make your own free website on Tripod.com
LAGENDA

Home

LATAR BELAKANG.
ANAK SENI
KEJAYAAN P.RAMLEE
LAGENDA SELAMANYA.
GALERI FOTO P.RAMLEE
LATAR BELAKANG.

BIODATA.

Beliau dilahirkan pada 22hb Mac 1929 bersamaan 1 Syawal 1347 di Pulau Pinang. Nama sebenar beliau ialah Teuku Zakaria Bin Teuku Nyah Puteh. Nama bapa beliau ialah Teuku Nyah Puteh dan ibunya ialah Che Mah. Nama beliau ditukar Ramlee kerana neneknya suka dengan nama tersebut. Maka lahirlah Ramlee.

Pendidikan.
 
Ramlee mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Kampung Jawa, Pulau Pinang.Lulus peperiksaan darjah 4 dengan mendapat pangkat ke-3.Kemudian Ramlee sambung pelajarannya di sekolah Francis Light sehingga darjah 5,kemudian sambung pelajarannya ke Penang Free School.Ramlee telah pergi ke Sekolah Tentera Jepun (Kaigun) pada zaman penjajahan Jepun dan lulus bahasa Jepun.Lepas tamat perang, Ramlee sambung semula belajar di Penang Free School.
 
 
PERKAHWINAN.
 
P.Ramlee berkahwin dengan Junaidah pada tahun 1950. mereka dikurniakn 2 orang cahayamata iaitu Nasir P.Ramlee dan Arfan P.Ramlee. Namun pada tahun 1954 keduanya bercerai.Norizan merupakan isteri kedua P.Ramlee. Bersama Norizan P.Ramlee telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang dinamakan Sazali. Sazali dikatakan buah hati P.Ramlee sampaikan beliau tidak membenarkan sesiapa pun untuk berlaku kasar dengan Sazali. P.Ramlee dan Norizan bercerai dalam tahun 1961. Salmah Ismail atau Saloma merupakan isteri ketiga dan terakhir P.Ramlee. Mereka dikahwinkan pada 31 Oktober 1961 dan berlangsung di Singapura. Cinta mereka berputik taktala "Panca Sitara II" dibebtuk iaitu ketika Saloma dijadikan ahli "Panca Sitara". Masa P.Ramlee melamar Saloma, Saloma ingatkan yang P.Ramlee hanya bergurau tetapi ternyata bukan gurauan.